Monday, June 25, 2012
Thursday, June 21, 2012
Tazkirah-for-all: ANAK KUNCI
Tazkirah-for-all: ANAK KUNCI: Siapa tak ada anak kunci angkat tangan!. Ok nampaknya semua ada…kita ada pelbagai anak kunci - rumah kita (pintu depan, belakang, bil...
Saturday, June 16, 2012
No U-Turn, replay, rewind, refresh, redo, resit
Bbbuih mulut beritahu pelajar –
“belajarlah sungguh-sungguh untuk masa depan anda semua”, “bersusahlah
(belajar) sekarang, insyaallah senang kemudian”, “jangan ponteng kuliah!”,
“buatlah ujian/kuiz/tugasan betul-betul”, “jangan belajar last minute” – namun gitulah sokmo sokmonya.....yang ikut nasihat
tak ramai!. Selepas keputusan peperiksaan akhir keluar, ada antara yang gagal, memohon
untuk “remarking” skrip peperiksaan mereka atau menduduki peperiksaan semula
(semasa cuti semester).
Begitulah juga hidup kita di
dunia ini – bbbuih mulut alim ulamak menasihati kita – “bertaqwalah kepada
Allah”, “tinggalkanlah maksiat”, “jagalah solat”, “jangan zalimi/khianati
orang”, “patuhilah perintah Allah dan tinggalkanlah laranganNya”, “Jadikanlah
Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai ‘GPS’ kehidupan agar kita tidak sesat”, “jangan
tangguh untuk bertaubat” – namun gitulah sokmo sokmonya......yang patuhi
nasihat tak ramai!. Firman Allah s.w.t. bermaksud, “Dan
sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’
34:13). Masalahnya bila nyawa dah sampai di halkum dan
bye-bye dunia ini, kita tiada peluang lagi untuk “resit”, “remark”, “replay”,
“reverse”, “refresh”, “rewind”, “redo”, “U-Turn”.
Thursday, June 14, 2012
Car Boot Sales
Wednesday, June 13, 2012
Tuesday, June 12, 2012
iringan & doa restu ibu..
Selamat datang kepada pelajar2 baru diploma untuk semester jun-nov 2012...
semoga segala cita2 yang diimpikan, akan tercapai.. dengan menjadi hambaNya yang cemerlang dunia & akhirat....
insyaAllah dengan diiringi doa & restu dari ibubapa, akan memudahkan segala urusan pembelajaran para pelajar,
semoga pelajar menghargai peluang yang diberikan dengan belajar sebaik mungkin,
jangan lupakan jasa ibu bapa yang mendidik sedari kecil lagi, mereka datang ke sini, menghantar pelajar membawa bersama harapan yg cukup tinggi utk melihat semuanya berjaya. semoga segalanya terbalas dengan menggembirakan ibu bapa yang telah mengharungi segala jerih payah membesarkan kita semua,
Usaha, doa & tawakal..insyaAllah dengan izinNya, semuanya akan dipermudahkan
Tuesday, June 5, 2012
PhD: Dekat atau jauh daripada Allah
Perjalanan menuju PhD sepatutnya menjadi perjalanan menuju Allah - diri jadi semakin akrab dengan Allah!. Malanglah kita jika semasa mengikuti pengajian PhD pun dah sombong. Sombong dengan manusia dan sombong dengan Allah. Perlu sentiasa ingat bahawa kecerdikan dan kefahaman bukannya milik kita tetapi milik Allah. Allah boleh menganugerahkannya kepada sesiapa saja dan menarik balik nikmatNya bila-bila masa saja. Perjalanan PhD sunyi. Di suatu ketika, kita jadi helpless. Kita mungkin merasakan kita tiada sesiapa kecuali Allah yang boleh diminta bantuan. Betulkan niat, dekatkan diri dengan Allah, si Pencipta kita dan sekalian makhluk. Walau sehebat mana pun kita, keluarga, penyelia, universiti, kawan-kawan sekeliling, prasarana, namun hanya Allah yang penentu samada kita sampai ke hujung jalan, sampai dengan jaya atau sebaliknya. YA ALLAH! RAHMATILAH AKU. PERMUDAHKANLAH PENGAJIANKU. KURNIAKANLAH AKU ILMU YANG BERKAT. SEMOGA ILMU YANG KU CARI INI MENDEKATKAN AKU KEPADA MU.
Subscribe to:
Posts (Atom)