Friday, November 23, 2012

mari berjuang....

Kita tidak punya senjata untuk berperang...tidak juga punya daya untuk ke palestine...mungkin ini yang dapat kita lakukan utk saudara seislam di sana..moga nanti bila Allah bertanya apakah yang kita lakukan apabila saudara kita diperlakukan sezalimnya oleh yahudi laknatullah, kita punya jawapannya..insyaAllah....

Saturday, November 17, 2012

Pray for GAZA

Sedang kita di Malaysia hidup dalam aman damai, saudara2 kita di palestine, diserang lagi, terkadang nikmat yang Allah bagi, hidup dalam aman damai di Malaysia membuatkan kita terfikir mengapa sesetengah orang tidak bersyukur dengan nikmatNya.
Sebagai contoh, para pelajar yang diberi peluang menikmati sesi pembelajaran yang cukup kondusif, belajar dalam kelas aircond, punya tubuh badan yang cukup masih bersifat malas & tidak bersyukur. Masih ramai yang ponteng kelas dan tidak bersungguh untuk belajar. Sekiranya mereka punya masa untuk muhasabah diri, betapa nikmatnya mereka mendapat peluang tersebut sedangkan di luar sana (Palestine, Rohingya) zaman2 remaja mereka dikelilingi ketakutan, tidak berpeluang untuk ke universiti, yang ada hanyalah kedengaran bunyi bom & pesawat. Jadi renung-renungkanlah.
Sama2 kita teruskan berdoa & berikan sumbangan kewangan, mereka memerlukan doa & sokongan kita......
yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita, "Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"
QUNUT NAZILAH
Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orang kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Kepada yang ingin memberi sumbangan, moga2 info berikut memberi manfaat untuk semua:
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA Bank Islam:12-029-01-006564-3 Maybank: 5621 4270 8704 CIMB Bank : 1259 0000 804 058
AQSA SYARIF BERHAD Maybank Islamic 551575004299 Bank Islam 12092010034904. CIMB Islamic 12160000452101
AMAN PALESTINE Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 Bank Muamalat: 12070005133717 RHB Islamic Bank: 21245760004907 Bank Rakyat: 22-080-619592-2 Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
Tabung Palestin Haluan Bank Islam 14-023-01-003429-2 Maybank 5644 9020 8528
Sumbangkan Jihad buat Saham Akhirat kita

Wednesday, August 8, 2012

Program "Fakulti Perakaunan UiTMT Bersamamu..."

Program Bersamamu Siri 2 telah diadakan pada 18 Julai 2012 (Rabu) jam 4.30 - 5.30 ptg. Seramai 15 org pensyarah fakulti perakaunan turut serta dalam menjayakan program ini.Untuk siri 2 ini, kunjungan melibatkan dua buah rumah iaitu ke rumah keluarga encik Sulong Ismail dan adiknya, encik Ishak Ismail.Sumbangan yg diberikan kpd mereka adalah berbentuk wang ringgit dan juga barangan keperluan harian (makanan).




Tuesday, July 3, 2012

Aktiviti FYE Jun 2012

Program FYE (First Year Experience) fakulti Perakaunan UiTMT telah diadakan pada 29-30 Jun 2012, bertempat di Stadium Gemilang dan Dewan Anggerik. Tahniah & Syabas kepada para pelajar yang menyertai dan pihak AJK yang berusaha gigih memastikan ianya berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

Thursday, June 21, 2012

Tazkirah-for-all: ANAK KUNCI

Tazkirah-for-all: ANAK KUNCI:   Siapa tak ada anak kunci angkat tangan!. Ok nampaknya semua ada…kita ada pelbagai anak kunci - rumah kita (pintu depan, belakang, bil...

Saturday, June 16, 2012

Tak caknanya kita!!!


Jangan penjarakan....


No U-Turn, replay, rewind, refresh, redo, resit



Bbbuih mulut beritahu pelajar – “belajarlah sungguh-sungguh untuk masa depan anda semua”, “bersusahlah (belajar) sekarang, insyaallah senang kemudian”, “jangan ponteng kuliah!”, “buatlah ujian/kuiz/tugasan betul-betul”, “jangan belajar last minute” – namun gitulah sokmo sokmonya.....yang ikut nasihat tak ramai!. Selepas keputusan peperiksaan akhir keluar, ada antara yang gagal, memohon untuk “remarking” skrip peperiksaan mereka atau menduduki peperiksaan semula (semasa cuti semester).

Begitulah juga hidup kita di dunia ini – bbbuih mulut alim ulamak menasihati kita – “bertaqwalah kepada Allah”, “tinggalkanlah maksiat”, “jagalah solat”, “jangan zalimi/khianati orang”, “patuhilah perintah Allah dan tinggalkanlah laranganNya”, “Jadikanlah Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai ‘GPS’ kehidupan agar kita tidak sesat”, “jangan tangguh untuk bertaubat” – namun gitulah sokmo sokmonya......yang patuhi nasihat tak ramai!. Firman Allah s.w.t. bermaksud, “Dan sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’ 34:13). Masalahnya bila nyawa dah sampai di halkum dan bye-bye dunia ini, kita tiada peluang lagi untuk “resit”, “remark”, “replay”, “reverse”, “refresh”, “rewind”, “redo”, “U-Turn”.

Thursday, June 14, 2012

Car Boot Sales

Utk makluman semua...esok pagi akan diadakan Program Car Boot Sales..anjuran BACC Society: Tarikh: 16 Jun 2012 Tempat: Perkarangan Dewan Aspirasi Masa 8.30 pagi -11 pagi Agenda: Jualan barang2 terpakai dari lecturer UiTMT semua dijemput hadir, do spread the news k ^_^

Tuesday, June 12, 2012

iringan & doa restu ibu..

Selamat datang kepada pelajar2 baru diploma untuk semester jun-nov 2012... semoga segala cita2 yang diimpikan, akan tercapai.. dengan menjadi hambaNya yang cemerlang dunia & akhirat.... insyaAllah dengan diiringi doa & restu dari ibubapa, akan memudahkan segala urusan pembelajaran para pelajar, semoga pelajar menghargai peluang yang diberikan dengan belajar sebaik mungkin, jangan lupakan jasa ibu bapa yang mendidik sedari kecil lagi, mereka datang ke sini, menghantar pelajar membawa bersama harapan yg cukup tinggi utk melihat semuanya berjaya. semoga segalanya terbalas dengan menggembirakan ibu bapa yang telah mengharungi segala jerih payah membesarkan kita semua, Usaha, doa & tawakal..insyaAllah dengan izinNya, semuanya akan dipermudahkan

Tuesday, June 5, 2012

PhD: Dekat atau jauh daripada Allah

Perjalanan menuju PhD sepatutnya menjadi perjalanan menuju Allah - diri jadi semakin akrab dengan Allah!. Malanglah kita jika semasa mengikuti pengajian PhD pun dah sombong. Sombong dengan manusia dan sombong dengan Allah. Perlu sentiasa ingat bahawa kecerdikan dan kefahaman bukannya milik kita tetapi milik Allah. Allah boleh menganugerahkannya kepada sesiapa saja dan menarik balik nikmatNya bila-bila masa saja. Perjalanan PhD sunyi. Di suatu ketika, kita jadi helpless. Kita mungkin merasakan kita tiada sesiapa kecuali Allah yang boleh diminta bantuan. Betulkan niat, dekatkan diri dengan Allah, si Pencipta kita dan sekalian makhluk. Walau sehebat mana pun kita, keluarga, penyelia, universiti, kawan-kawan sekeliling, prasarana, namun hanya Allah yang penentu samada kita sampai ke hujung jalan, sampai dengan jaya atau sebaliknya. YA ALLAH! RAHMATILAH AKU. PERMUDAHKANLAH PENGAJIANKU. KURNIAKANLAH AKU ILMU YANG BERKAT. SEMOGA ILMU YANG KU CARI INI MENDEKATKAN AKU KEPADA MU.   

Tuesday, May 29, 2012

PhD: Make it right from the beginning!

New and young lecturers should think and plan to do PhD as early as possible. Don't wait until 10 years (like myself) after joining the university to decide or embark on PhD journey. One of the factors to be able to do PhD without much trouble and complete it on time is to make it right from the beginning. This is what I didn't do. I did only one research before doing my PhD, and it is not related to my field. No doubt, it is a good exposure. However, I should do more and in my own area of interest. When I say area of interest, it means specific area because because in accounting itself, we've FR, AIS, Auditing, Costing, Taxation, etc. Start reading literatures in our specific area of interest - perhaps,  start with 2 articles per week. In addition, makes friend with colleagues who loves research and writing. Join them in research project/s...actively and willingly take as much responsibilities as possible.

Monday, May 14, 2012

Program amal "Fakulti Perakaunan UiTMT Bersamamu"

Program ini telah diadakan pada 11 Mei 2012. Objektifnya untuk bantu orang miskin di sekitar kampus (terutamanya kampung Sura). Konsepnya, AJK yang dilantik dari kalangan pensyarah fakulti perakaunan kumpul dana, RM250 (RM150 barangan keperluan harian + RM100 tunai) untuk setiap keluarga diserahkan kepada 10 keluarga terbabit semasa mensiarahi mereka pada pagi Jumaat 11 Mei, 2012. Yang terlibat ialah pensyarah bersama keluarga masing-masing dan lebih kurang 15 orang pelajar Sarjana Muda Perakaunan. Insyaallah, program ini akan diadakan secara berterusan dengan mengembangkan lagi "database" fakir miskin yang boleh dibantu.
Kita akan ditanya diakhirat nanti tentang ilmu, harta, pangkat kedudukan yang dianugerahi Allah kepada kita semasa hidup di dunia. Allah swt juga ajar kita untuk berbuat baik kepada jiran dan orang miskin. Justeru, selain daripada sebagai individu, kita juga bertanggungjawab sebagai satu kelompok. Kita tak nak SELESA BERADA DI KALANGAN SELESA. Ramai jiran di sekeliling kita yang tak bernasib baik dan memerlukan bantuan. Apa kita nak jawab kepada Allah swt di akhirat nanti jika hak-hak mereka kita abaikan?. Jika sebagai individu, kita hanya boleh bantu satu keluarga dan sekali sahaja. Insyaallah, kita boleh buat lebih baik dengan gabungan ramai individu.




Friday, May 11, 2012

selawat burdah

Lately ni addicted with selawat burdah, bila rase tension, sangat tenang bila dengar selawat ni, maknanya pun sangat indah..subhanallah...
sumber: http://madrasahaliyah.blogspot.com/2009/03/selawat-burdah.html, http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=GwfsfWPMsMs

Thursday, April 19, 2012

Tazkirah Faculty Corner pada 28 Mac 2012

TAZKIRAH FACULTY CORNER - 28 MAC 2012

Oleh: Puan Rosliza Ghazali

Program “Faculty Corner” pada 28 Mac 2012 diisi dengan tazkirah oleh Ustaz Wahairi Mahmud, Pensyarah Kanan CITU UiTM Terengganu. Tajuk 45 minit tazkirah “RasulAllah s.a.w sebagai Pendidik” adalah dipilih kerana tujuan slot tazkirah bagi pensyarah Perakaunan ini ialah untuk mengaitkan profession pensyarah dengan tuntutan agam (Islam) dan ia juga diharapkan dapat memberi motivasi dan semangat kepada pensyarah Perakaunan di dalam tugas memberi pendidikan kepada para pelajar UiTM ini. Sememangnya tugas mendidik ini bukanlah satu yang enteng dan mudah, tapi penuh dengan cabaran dan dugaan, terutamanya berhadapan dengan generasi baru yang agak berlainan sikapnya berbanding dengan pelajar dulu-dulu.

Di antara hadis yang dibacakan oleh Ustaz Wahairi ialah hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas r.a.

Semasa RasulAllah s.a.w bersama-sama dengan beberapa orang sahabat di dalam masjid, datang seorang pemuda Arab Badwi (orang ulu/ kampung) lalu kencing di dalam masjid tersebut. Melihat kejadian itu, para sahabat merasa sangat marah dan ingin memarahi pemuda itu. Tetapi RasulAllah s.a.w tidak memarahi pemuda itu, dipanggil oleh baginda dan bertanya kenapa dia berkelakuan sedemikian. Pemuda itu mengatakan dia tak tahu bahawa di dalam masjid tidak dibenarkan kencing. Lalu baginda RasulAllah s.a.w memberitahu perkara itu dan pemuda tersebut dibenarkan pergi. Kemudian baginda RasulAllah s.a.w memanggil serta menegur sikap para sahabat tadi. Baginda juga mengambil kesempatan mengajar kepada sahabat yang ada pada masa itu tentang bagaimana untuk mensucikan tempat yang terkena najis.

Jadi, daripada peristiwa ini ada beberapa perkara yang boleh dipelajari oleh kita dalam konteks seorang pendidik. Secara jelasnya, kita boleh ambil pengajaran betapa RasulAllah s.a.w ialah seorang pendidik yang sangat hebat, sikap baginda RasulAllah s.a.w langsung tidak dipengaruhi oleh emosi yang tidak baik seperti marah tanpa asas dan sebagainya. Sebaliknya, pendidikan atau tarbiyyah RasulAllah s.a.w adalah dilengkapi dengan akhlak murabbi yang sangat berhikmah dan berkesan kepada orang yang di didiknya.

Ada 2 kaedah pendidikan berkesan yang baginda RasulAllah s.a.w ajar umatnya daripada hadis ini:

(i) Sesuaikan cara mendidik dengan orang yang dididik, amat penting untuk pendidik memahami bagaimana latarbelakang orang yang dididik.

(ii) Pendidik mesti mempunyai akhlak yang mulia, sabar dan bertindak penuh hikmah.

Lalu terfikir oleh saya, selama mengajar hampir 17 tahun di UiTMT ini, adakah berkesan kaedah pendidikan saya kepada pelajar UiTMT ini?? Perkara untuk difikir dan dimuhasabah… Perbezaan persekitaran pelajar sekarang dengan pelajar dulu-dulu sepatutnya difahami oleh saya dan rakan-rakan pensyarah supaya kami boleh mengenalpasti di mana punca masalah mereka hari ini dan diharapkan daripada masalah yang dikenalpasti tadi, jalan penyelesaian bolehlah cuba difikirkan. Satu perbezaan yang besar ialah tentang teknologi yang ada sekarang seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya. Daripada pemerhatian saya, ada ramai pelajar hari ini yang terlalu leka dengan facebook, “computer games”, movies dan sebagainya yang menyebabkan mereka tidak serius dalam pembelajaran, tiada ketekunan, malas dan kadang-kadang hilang “common sense” dan logik dalam pertimbangan! Satu contoh mudah, ramai pelajar hari ini yang tidak hadir kelas pukul 8 lagi hanya kerana tidur lewat kerana ‘berfacebook” pada malamnya! Fenomena pelajar “MIA” (missing in action atau langsung tidak hadir kuliah) setiap semester bertambah dalam fakulti ini. Mereka langsung tidak hadir kelas sepanjang semester tanpa sebab yang munasabah, menipu ibu bapa dan melanggar peraturan universiti seterusnya meningkatkan peratus kegagalan sesuatu kursus dalam fakulti…Perkara seperti ini jarang berlaku kepada pelajar dulu-dulu seperti pelajar awal tahun 2000.

Di dalam penutup ini, ingin saya mengambil intipati satu hadis yang juga disebut oleh yang berbahagia Ustas Wahairi. Di dalam satu riwayat, semasa RasulAllah s.a.w melalui dua kumpulan sahabat, satu kumpulan sedang berzikir and membaca Al-Quran dan satu lagi sedang berbincang dalam satu majlis ilmu. Apabila seorang sahabat bertanya “kumpulan manakah yang kamu suka?”, baginda menjawab “aku lebih sayangkan kumpulan yang berbincang di dalam majlis ilmu berbanding yang satu lagi”. Pengajarannya ialah majlis ilmu yang di dalamnya disebutkan nama Allah dan rasulnya adalah majlis yang lebih disukai oleh Allah dan rasulNya, melebihi ibadat-ibadat yang lain, ini adalah kerana kebaikan daripada majlis ilmu itu sangat banyak. Semoga daripada hadis ini, saya dan semua rakan-rakan pensyarah dalam Fakulti Perakaunan tidak akan “miss” program-program ilmu yang ada di sekeliling kami baik di masjid, surau, TV ataupun di mana-mana sahaja, insyaAllah.

Wallahu A’lam

Tuesday, April 3, 2012

jom e -filing



Jom e – filing bersama fakulti perakaunan UiTM (Terengganu)

Bulan perkhidmatan pembayar cukai
~ 1 Mac hingga 30 April 2012 ~

Adakah anda telah menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara?

Kami sedia membantu anda.

Fakulti Perakaunan UiTM (Terengganu) dengan kerjasama LHDN akan menganjurkan program “Jom e – filing” khas untuk warga UiTM (Terengganu) & juga warga Dungun yang memerlukan perkhidmatan e-filing.

Tarikh: 9 April 2012
Masa: 9.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Jasmin UiTM Terengganu

Semua dijemput hadir. Bersama kita jalankan tanggungjawab sebagai warganegara.

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Monday, March 26, 2012

sahabat yg baik...



Dalam bersahabat, kita perlu bijak dalam menilai buruk baik tindakan seseorang, mana yang baik dijadikan tauladan, dan mana yang buruk dijadikan sempadan. Kadang-kadang ada di kalangan pelajar di awal semester mempunyai attitude yang sangat baik, tapi bila tersilap pilih kawan, ada di kalangan mereka yang mula terikut-ikut dengan perangai buruk rakan sehingga ada yang ponteng kelas, mula leka dan lupa tujuan sebenar berada di UiTM. Mereka lebih suka mendengar nasihat kawan tanpa berfikir tentang baik dan buruk. Jadi, dalam berkawan, kita perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dengan anasir buruk. Moga para pelajar bijak dalam menilai tindakan rakan-rakan dan tidak melakukan perkara yang merugikan diri sendiri dan juga masa depan.

Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.

Monday, March 19, 2012

La tahla....jangan mengeluh...



Kita seringkali mengeluh bila ditimpa musibah. Kadang-kadang terdengar keluhan dari pelajar... “banyaknya assignment...asyik belajar je bila masa nak enjoy..” Kadang-kadang kita sendiri tanpa sedar mengeluh “arini panas teramat...kerja bertimbun...kenapa asyik saya je yang kena..hujan lebat susah nak berjalan..” dan macam-macam lagi. Sedangkan setiap yang berlaku pasti ada hikmah Nya,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)

Teringat satu ketika bila saya menerima email dari PDRM summons. Zaman sekarang, zaman facebook, so apa lagi...hati mengeluh & jari automatically terus update facebook “Dear valued customer, your outstanding PDRM summons : 1..Oh NO!..melayang RM+++” ..Alhamdulillah..Allah ciptakan kaum Adam untuk menasihati kaum Hawa yang selalu beremosi...terus dpt sms dari encik husband... “mengeluh tidak akan menjadikan sesuatu itu lebih baik, bila ditimpa musibah ucaplah inna lillahi wa innaa ilahi raji’uun...”

Bersesuaian dengan firmanNya surah al-Baqarah:155-157 yang bermaksud: Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilahi raaji’uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Moga jadi panduan untuk semua.... be happier by complaining less...

Wednesday, March 14, 2012

Sebelum nasi jadi bubur....

Ada anak-anak yang saling "tolak-menolak" sesama sendiri daripada menjaga ibubapa yang sudah tua dan asyik sakit. Pelbagai alasan diberikan.....Akhirnya, kata putus dicapai - gunakan kaedah rotation, gilir-gilir jaga. Sebulan di sini, sebulan di situ dan sebulan di sana. Kekalutan terus berlaku kerana tiada yang sanggup ambil giliran pertama. Subhanallah!! Akhirnya anak yang paling jauh bersetuju untuk jadi 'tuan rumah' yang pertama. Ibu dibawa naik kereta selama berjam-jam perjalanan. Ibu yang dah sakit semakin letih dan lemah. Sampai saja di rumah anak, minta untuk tidur dan berehat. Si ibu tidak bangun-bangun lagi.....

Mengerjakan amal soleh..



Setiap perbuatan hambaNya akan dihitung dan diberi pembalasan yang baik oleh Allah biarpun sekecil-kecil kuman.

Allah berfirman:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (an-Nahl: 97)


http://html.expresso.me/smileys

Monday, March 12, 2012


Dunia Sebagai Tempat Berdagang

Tarikh: 
 Jan 13, 2012
Riwayat: 
 al-Bukhari
Kategori: 
 Akidah
Hadith: 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

Hendaklah engkau jadikan dunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan. Ibnu Umar r.a. berkata, Jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh diwaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh diwaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat, sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati.

Huraian Hadith: 
1. Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup didunia ini dan dunia umpama tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat).
2. Islam menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.
3. Islam melarang umatnya yang suka menangguh-nangguh amalan kebajikan dan ibadat kerana sifat demikian merugikan diri seseorang.

Selamatkan anak-anak kita...

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga pendidik UiTMT.
Alhamdulillah saya (dan editor, Nurul Akmal Abdul Halim) diberi kesempatan untuk menulis di blog facuitmt ini dan semoga apa yang ditulis dapat dikongsi bersama semua pensyarah UiTMT amnya. Bila dibaca, ditenung, dan difahami tajuk yang tertera di atas, rasa-rasanya ramai yang tahu apa yang ingin saya perkatakan di sisipan blog ini. Anak-anak... perkataan ini bagi saya adalah yang paling sesuai untuk kita gelarkan kepada para pelajar UiTMT khususnya kerana panggilan ini memberi seribu gambaran tentang kewujudan satu perhubungan yang unik di antara pendidik dan anak didiknya. Gelaran "anak-anak" menggambarkan betapa kita sayang, prihatin dan betapa kita mahukan yang terbaik untuk mereka... Semuanya tentang "BETAPA"... Tapi sekarang dunia telah berubah. Anak-anak semakin lupa tentang pengorbanan dan harapan kita pada mereka. Masalah menjadi lebih rumit apabila gejala sosial yang melampaui batas agama semakin menular di kalangan anak muda kita. Tanpa disedari, penyakit sosial ini persis satu virus yang secara perlahan-lahan merenggangkan hubungan ini. Bila yang tua (pendidik) menegur yang muda (anak didik) untuk kebaikan tapi disalah erti sebagai penghalang kebebasan mereka untuk "menjalin silaturrahim" lagaknya.  Disebabkan inilah, anak-anak kita pada hari ini sudah hilang hormat pada yang tua. Mengapa ini terjadi? Untuk mengetahui punca-punca sebenar kepada penyakit masyarakat ini, marilah kita membaca dan menilai pandangan seorang pakar mengenainya. Semoga pembacaan ini dapat membantu kita mencari penyelesaian yang terbaik dalam usaha menyelamatkan anak-anak kita. Sumber ini dipetik dari JAKIM.


GEJALA SOSIAL REMAJA -PANDANGAN DR FATIMAH YUSUF (CAHAYA OKTOBER)

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /> 
 PANDANGAN PAKAR
Oleh: Nik Suhaila/ Haslinda

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa  gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu CAHAYA berpeluang menemu ramah Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.
                                                           

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
 Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.

“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.

Pengaruh Rakan Sebaya
“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu  sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

Dahagakan Keseronokkan
“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.


 Pengaruh Media Massa
“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat

Sikap Keluarga
“Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”

“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini de

“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.

“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.

“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.

Nasihat Untuk Remaja
“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri  wawancara dengan CAHAYA.