Tuesday, February 28, 2012

Selamat menempuh peperiksaan akhir - Pelajar DIA & DAIS

Minggu ini minggu terakhir kuliah bagi para pelajar DIA & DAIS. Minggu depan 1 minggu persediaan sebelum peperiksaan akhir bermula.


Selepas usaha diberikan, tadah tangan berdoa kepada Allah swt semoga diberikan kesihatan, ketenangan dan kemudahan dalam menempuh peperiksaan akhir ini.


SELAMAT MAJU JAYA DARIPADA WARGA FAKULTI PERAKAUNAN.

Talian hayat selepas mati...

Adik saya seorang guru. Dia kata cabaran mendidik pelajar menjadi semakin sukar sekarang. Pelajar sekarang tak macam dulu. Pelajar dulu tahap hormat kepada gurunya tinggi. Saya bersetuju dengan beliau tentang tugasan mendidik yang semakin mencabar ini. Ibubapa yang tiada terlibat dengan dunia pendidikan atau yang tidak cuba ambil kisah mungkin memandang remeh atau tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Zaman saya jadi pelajar dulu, kalau nak bertembung dengan guru, kita awal-awal lagi bagi laluan atau pedo (pusing) ke lain....kerana hormat guru!. Dalam kelas, walaupun cara mengajar menjemukan (bahasa remaja sekarang, "boring gile!), kita tetap diam membisu.....kerana hormat guru!. Pelajar sekarang dia buat tak kisah (berbual, jalan-jalan, tekan handphone) walaupun guru di depan. Kalau bertembung dengan guru di kaki lima kelas pun, guru yang terpaksa jadi "plastic man/woman", untuk melepasi kumpulan pelajar yang sedang asyik berbual/blok jalan.


Apa pun, motivasi untuk warga pendidik, tugas kita mulia. Perlu tingkatkan kesabaran kerana yang kita cari ialah redha Allah. Ada 3 talian hayat manusia selepas mati - doa anak soleh, amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan orang lain. Insyaallah kesabaran menempuh kesukaran dalam mendidik para pelajar ini menjadikan kita orang yang mengecapi kesenangan hidup di akhirat yang kekal abadi...

Monday, February 27, 2012

Kerjasama berpasukan...

Kalau kita amalkan kerja berpasukan, yang berat jadi ringan. Saya pernah tengok semut bawa seekor lipas yang telah mati dari kaki katil saya ke penjuru siling bilik saya. Bukan seekor semut, tapi kumpulan, deretan, rantaian semut-semut. Subhanallah! Allah didik kita melalui binatang. Semut selaku binatang tiada akal. Kita pula manusia berakal. Malangnya, ada antara kita bila tengok kawan tertekan/terbeban, makin tekan..tekan..tekan...kita senang tengok orang lain susah dan susah tengok orang lain senang!!

Sunday, February 26, 2012

PhD-persediaan awal

Kepada yang bercadang nak buat PhD, dicadangkan jangan tunggu lama-lama. Buat sasaran tahun bila nak buat. Tentukan bidang dan fokus areanya. Libatkan diri dengan mereka yang buat penyelidikan atau mulakan penyelidikan sendiri dalam bidang berkaitan. Pelajari dan dapatkan ilmu menjalankan penyelidikan. Ini semua insyaallah akan bantu lancarkan pengajian PhD nanti.
MASA SAYA DULU, SAYA TAK BUAT SEMUA TU, JADI ROHOK (SUSAH) LAH SIKIT.

Bahasa Accounting vs. Bahasa Inggeris






Ziarah

Ziarahilah orang sakit, nescaya kita hargai nikmat sihat...
Ziarahilah orang mati, nescaya kita hargai nikmat hidup....

Auditing

Auditing adalah subjek yang 100% subjektif. Skop silibusnya luas. Kebanyakan apa yang dipelajari dalam subjek ini berkaitan dengan tugasan sebenar seorang juruaudit. Buku teksnya tebal (jatuh atas lipas boleh leper lipas tu...). Ini antara faktor-faktor yang membuatkan pembelajaran dan pengajaran audit itu sedikit sukar. Bagi pelajar yang belajar audit (selepas menjalani latihan praktikal di firma audit), pembelajaran dan pengajaran subjek ini (AUD610) jadi lebih mudah sebab mereka dah melalui pengamalan bertugas sebagai juruaudit dan dapat melihat kaitan antara teori dan praktikalnya.

Saya cuba cari video (youtube) pasal suasana kerja dalam firma audit untuk ditayangkan kepada pelajar Auditing yang belum pergi latihan praktikal, tapi setakat ni tak jumpa yang sesuai lagi.

Kalau ada cadangan kaedah pengajaran berkesan berkenaan subjek sebegini atau yang tuan/puan gunakan, minta kongsi di sini.

Senarai pensyarah



Koordinator Fakulti
Rosliza Ghazali

Area of Interest: Corporate Governance
Tel: 09-8403812

Email: rosliza@tganu.uitm.edu.my







Adelen Farina Osman
Tel: 09-8403634






Azmi Aminuddin (Hjh)

Cuti Belajar










Azuraidah Taib
Area of interest:Financial Reporting, Corporate Social Environmental Reporting
Tel:09-8403239
Email: azura015@tganu.uitm.edu.my








Che Ku Hisam
Cuti Belajar




Emiza Tahar
Area of interest:
Tel: 09-8403766
Email: emizatah@tganu.uitm.edu.my











Faridah Mohamed



Inayah Abdul Aziz
Area of interest: Taxation, Financial Reporting
Tel: 09-8403942
Email: inayahab@tganu.uitm.edu.my











Jamaluddin Helmi Hashim
Area of interest: Management Accounting
Tel: 09-8403787
Email: jamhelmi@tganu.uitm.edu.my









Merani Che Ali
Area of interest: Auditing
Tel: 09-8403943
Email: meranich@tganu.uitm.edu.my









Ros Norita Abdul Samad (Hjh)
Area of interest:
Tel: 09-8403992
Email: rosno355@tganu.uitm.edu.my













Noor Emilina Mohd Nasir
Area of interest:
Tel: 09-8403949
Email: nooremilina@tganu.uitm.edu.my



















Nur Raihana Mohd Saleem
Area of interest: Corporate Governance, Financial Reporting
Tel: 09-8403941
Email: nurra018@tganu.uitm.edu.my






















Nurul Akmal Abdul Halim

Area of interest:
Tel: 09-8403634
Email: nurulakmal@tganu.uitm.edu.my




Nurul Fatma Aziz@Awang

Area of interest:
Tel: 09-8403937
Email:






Nur Syuhada Jasni
Area of interest: Financial Reporting
Tel: 09-8403949
Email:















Nur Nariza Mod Arifin
Area of interest: Accounting Information System, Financial Reporting
Tel: 09-8403986
Email:





















Syuhaila Razak
Area of interest:
Tel: 09-8403941
Email: syuhaila@tganu.uitm.edu.my












Shazalina Muhd Shuhidan
Cuti belajar











Mohd Tajul Hasnan
Area of interest:
Tel: 09-8403290
Email:











Sakri Iberahim
Area of interest: Auditing
Tel: 09-8403833
Email:










Sarimah Abdul Latiff
Area of interest:
Tel: 09-8403947
Email:









Suraya Ahmad
Area of interest:
Tel: 09-8403933
Email:










Musliha Musman
Area of interest:
Tel: 09-8403986
Email:










Ithnahaini Baharudin
Area of interest: Management Accounting
Tel: 09-8403894
Email:











Najihah Marha Yaacob (Dr)
Area of interest: Auditing, Corporate Governance
Tel: 09-8403885
Email:













Rohayati Jusoh
Area of interest:
Tel: 09-8403843
Email:











Mohd Fadil Juperi
Area of interest:
Tel: 09-8403960
Email:












Moktar Awang
Cuti Belajar











Prof. Madya Hj. Wan Abdul Manan Wan Muda
Area of interest:
Tel: 09-8403778
Email:











Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori (Dr)
Area of interest: Accounting Information System, Auditing
Tel:09-8403922
Email: wanmnazif@tganu.uitm.edu.my











Yunita Awang
Cuti Belajar










Yusliena Yusoff
Area of interest:
Tel:09-8403930
Email:












Zanariah Aziz Omar (Hjh)
Area of interest:
Tel: 09-8403942
Email: zanariah200@tganu.uitm.edu.my








































Wednesday, February 22, 2012

"Cahaya"


Grafik di atas menunjukkan satu dewan kuliah dengan dua situasi iaitu gelap dan cerah. Andaikata anda pertama kali menjejakkan kaki ke dewan kuliah ini dan anda diarahkan bergerak dari pintu A ke pintu B. Anda tentunya bersetuju dengan saya bahawa situasi dewan yang gelap tanpa cahaya memberikan kesukaran. Silap hari bulan tak sampai langsung ke pintu B. Kalau sampai pun, dengan injury, pada diri kita dan juga harta benda - mungkin kaki berdarah, mungkin mesin OHP/transparency pecah!.
Berbeza dengan situasi dewan yang terang benderang disinari cahaya lampu. Walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke dewan itu, kita tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk bergerak dari pintu A ke pintu B. Ini kerana cahaya membantu kita untuk melihat laluan ke pintu B dengan jelas.

Situasi di atas adalah analogi kepada kita yang sedang menjalani kehidupan di dunia ini - sebuah perjalanan menuju destinasi yang ingin kita tuju iaitu syurga Allah swt. Tanpa ilmu agama yang mencukupi, kita akan mengalami kesukaran untuk ke syurga Allah atau lebih menakutkan, gagal menemuinya. Dengan ilmu agama yang mencukupi, kita dapat lihat jalannya sebelum kita melangkah, dapat lihat bahawa bukan hanya satu jalan menujunya......

(sumber: http://www.tazkirah-for-all.blogspot.com)