Sunday, February 26, 2012

Auditing

Auditing adalah subjek yang 100% subjektif. Skop silibusnya luas. Kebanyakan apa yang dipelajari dalam subjek ini berkaitan dengan tugasan sebenar seorang juruaudit. Buku teksnya tebal (jatuh atas lipas boleh leper lipas tu...). Ini antara faktor-faktor yang membuatkan pembelajaran dan pengajaran audit itu sedikit sukar. Bagi pelajar yang belajar audit (selepas menjalani latihan praktikal di firma audit), pembelajaran dan pengajaran subjek ini (AUD610) jadi lebih mudah sebab mereka dah melalui pengamalan bertugas sebagai juruaudit dan dapat melihat kaitan antara teori dan praktikalnya.

Saya cuba cari video (youtube) pasal suasana kerja dalam firma audit untuk ditayangkan kepada pelajar Auditing yang belum pergi latihan praktikal, tapi setakat ni tak jumpa yang sesuai lagi.

Kalau ada cadangan kaedah pengajaran berkesan berkenaan subjek sebegini atau yang tuan/puan gunakan, minta kongsi di sini.

No comments:

Post a Comment