Monday, March 26, 2012

sahabat yg baik...



Dalam bersahabat, kita perlu bijak dalam menilai buruk baik tindakan seseorang, mana yang baik dijadikan tauladan, dan mana yang buruk dijadikan sempadan. Kadang-kadang ada di kalangan pelajar di awal semester mempunyai attitude yang sangat baik, tapi bila tersilap pilih kawan, ada di kalangan mereka yang mula terikut-ikut dengan perangai buruk rakan sehingga ada yang ponteng kelas, mula leka dan lupa tujuan sebenar berada di UiTM. Mereka lebih suka mendengar nasihat kawan tanpa berfikir tentang baik dan buruk. Jadi, dalam berkawan, kita perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dengan anasir buruk. Moga para pelajar bijak dalam menilai tindakan rakan-rakan dan tidak melakukan perkara yang merugikan diri sendiri dan juga masa depan.

Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.

Monday, March 19, 2012

La tahla....jangan mengeluh...



Kita seringkali mengeluh bila ditimpa musibah. Kadang-kadang terdengar keluhan dari pelajar... “banyaknya assignment...asyik belajar je bila masa nak enjoy..” Kadang-kadang kita sendiri tanpa sedar mengeluh “arini panas teramat...kerja bertimbun...kenapa asyik saya je yang kena..hujan lebat susah nak berjalan..” dan macam-macam lagi. Sedangkan setiap yang berlaku pasti ada hikmah Nya,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)

Teringat satu ketika bila saya menerima email dari PDRM summons. Zaman sekarang, zaman facebook, so apa lagi...hati mengeluh & jari automatically terus update facebook “Dear valued customer, your outstanding PDRM summons : 1..Oh NO!..melayang RM+++” ..Alhamdulillah..Allah ciptakan kaum Adam untuk menasihati kaum Hawa yang selalu beremosi...terus dpt sms dari encik husband... “mengeluh tidak akan menjadikan sesuatu itu lebih baik, bila ditimpa musibah ucaplah inna lillahi wa innaa ilahi raji’uun...”

Bersesuaian dengan firmanNya surah al-Baqarah:155-157 yang bermaksud: Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilahi raaji’uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Moga jadi panduan untuk semua.... be happier by complaining less...

Wednesday, March 14, 2012

Sebelum nasi jadi bubur....

Ada anak-anak yang saling "tolak-menolak" sesama sendiri daripada menjaga ibubapa yang sudah tua dan asyik sakit. Pelbagai alasan diberikan.....Akhirnya, kata putus dicapai - gunakan kaedah rotation, gilir-gilir jaga. Sebulan di sini, sebulan di situ dan sebulan di sana. Kekalutan terus berlaku kerana tiada yang sanggup ambil giliran pertama. Subhanallah!! Akhirnya anak yang paling jauh bersetuju untuk jadi 'tuan rumah' yang pertama. Ibu dibawa naik kereta selama berjam-jam perjalanan. Ibu yang dah sakit semakin letih dan lemah. Sampai saja di rumah anak, minta untuk tidur dan berehat. Si ibu tidak bangun-bangun lagi.....

Mengerjakan amal soleh..



Setiap perbuatan hambaNya akan dihitung dan diberi pembalasan yang baik oleh Allah biarpun sekecil-kecil kuman.

Allah berfirman:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (an-Nahl: 97)


http://html.expresso.me/smileys

Monday, March 12, 2012


Dunia Sebagai Tempat Berdagang

Tarikh: 
 Jan 13, 2012
Riwayat: 
 al-Bukhari
Kategori: 
 Akidah
Hadith: 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

Hendaklah engkau jadikan dunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan. Ibnu Umar r.a. berkata, Jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh diwaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh diwaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat, sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati.

Huraian Hadith: 
1. Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup didunia ini dan dunia umpama tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat).
2. Islam menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.
3. Islam melarang umatnya yang suka menangguh-nangguh amalan kebajikan dan ibadat kerana sifat demikian merugikan diri seseorang.

Selamatkan anak-anak kita...

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga pendidik UiTMT.
Alhamdulillah saya (dan editor, Nurul Akmal Abdul Halim) diberi kesempatan untuk menulis di blog facuitmt ini dan semoga apa yang ditulis dapat dikongsi bersama semua pensyarah UiTMT amnya. Bila dibaca, ditenung, dan difahami tajuk yang tertera di atas, rasa-rasanya ramai yang tahu apa yang ingin saya perkatakan di sisipan blog ini. Anak-anak... perkataan ini bagi saya adalah yang paling sesuai untuk kita gelarkan kepada para pelajar UiTMT khususnya kerana panggilan ini memberi seribu gambaran tentang kewujudan satu perhubungan yang unik di antara pendidik dan anak didiknya. Gelaran "anak-anak" menggambarkan betapa kita sayang, prihatin dan betapa kita mahukan yang terbaik untuk mereka... Semuanya tentang "BETAPA"... Tapi sekarang dunia telah berubah. Anak-anak semakin lupa tentang pengorbanan dan harapan kita pada mereka. Masalah menjadi lebih rumit apabila gejala sosial yang melampaui batas agama semakin menular di kalangan anak muda kita. Tanpa disedari, penyakit sosial ini persis satu virus yang secara perlahan-lahan merenggangkan hubungan ini. Bila yang tua (pendidik) menegur yang muda (anak didik) untuk kebaikan tapi disalah erti sebagai penghalang kebebasan mereka untuk "menjalin silaturrahim" lagaknya.  Disebabkan inilah, anak-anak kita pada hari ini sudah hilang hormat pada yang tua. Mengapa ini terjadi? Untuk mengetahui punca-punca sebenar kepada penyakit masyarakat ini, marilah kita membaca dan menilai pandangan seorang pakar mengenainya. Semoga pembacaan ini dapat membantu kita mencari penyelesaian yang terbaik dalam usaha menyelamatkan anak-anak kita. Sumber ini dipetik dari JAKIM.


GEJALA SOSIAL REMAJA -PANDANGAN DR FATIMAH YUSUF (CAHAYA OKTOBER)

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" /> 
 PANDANGAN PAKAR
Oleh: Nik Suhaila/ Haslinda

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa  gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu CAHAYA berpeluang menemu ramah Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.
                                                           

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
 Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.

“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.

Pengaruh Rakan Sebaya
“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu  sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

Dahagakan Keseronokkan
“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.


 Pengaruh Media Massa
“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat

Sikap Keluarga
“Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”

“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini de

“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.

“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.

“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.

Nasihat Untuk Remaja
“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri  wawancara dengan CAHAYA.



  



Sunday, March 11, 2012

Takrif TESIS

Pentakrifan Tesis yang dihantar oleh UKM:


A. Pentakrifan Tesis Ijazah Doktor Falsafah (Tesis sepenuhnya)

1) Memberi sumbangan yang matang kepada ilmu dan menunjukkan eupayaan calon menghubungkan kajian yang dijalankan dalam kerangka disiplin yang luas dan taraf pencapaian kajian diiktiraf diperingkat antarabangsa penerbitannya;


2) Menyediakan dalil (hujah) sumbangan kepada ilmu dengan aras keaslian yang tekal dan dengan latihan penyelidikan yang terselia. Tesis itu juga mesti membuktikan calon mempunyai keupayaan menganalisis secara kritis dan menunjukkan kebolehan menjalankan penyelidikan beraturcara dan kesarjanaan yang menjawab soalan-soalan dengan berertinya.


B. Pentakrifan Tesis Ijazah Doktor Falsafah (Kerja kursus dan tesis)


1) Menunjukkan pencapaian dan kemahiran calon yang tinggi dalam bidang yang diterokai disamping memberi sumbangan yang bererti kepada ilmu dan yang menunjukkan pemikiran dan daya kerja yang kreatif serta lulus peperiksaan kerja kursus dalam bidang utama dengan menunjukkan persediaan dalam kursus-kursus yang berkaitan;


2) Mewakili hasil penyelidikan yang asli dalam bidang kajian yang dijalankan. Ianya mestilah mewakili sumbangan kepada ilmu dengan sokongan data-data/fakta-fakta yang kukuh dan disampaikan dalam bentuk kesarjanaan yang tinggi disamping berpotensi untuk diterbitkan.


C. Pentakrifan Tesis Ijazah Sarjana (Melalui penyelidikan)


1) Tesis mestilah mewakili sebuah kajian yang asli dalam bidang yang diperakukan oleh penyelia/jawatankuasa siswazah dan mempunyai cengkaman yang mencukupi dalam bidang utama dan penyokongnya dan pengetahuan ini boleh digunakan dengan segera dan jitu.


Dikongsi oleh Prof.Dr. Wan Mansor Mahmood & Puan Shazalina Muhd Shuhidan

Wednesday, March 7, 2012

exam fever



InsyaAllah bermula dari 12 Mac 2012 - 1 April 2012, bermulalah minggu peperiksaan akhir untuk pelajar Diploma. So, revision week ni mungkin ada para pelajar yang balik kampung dan mungkin ada pelajar yang dah mula study. tak kurang jugak yang ambil kesempatan enjoy dulu, kemudian study last minute, hinggakan ada yang matahari dah meninggi baru nak bangun.

So, sepanjang musim peperiksaan, hopefully tips2 ni dapat dijadikan panduan, berdasarkan pengalaman mase student dulu Generated by Expresso
- Sebelum sarapan: minum honey & kismis (sunnah nabi & menguatkan ingatan)
- then, breakfast n revision time
- after 2 hours, have a break:solat sunat dhuha (murah rezeki & dipermudahkan urusan)
- tidur sebentar lebih kurang setengah jam sblm zohor (sunnah nabi)
- after lunch revision time
- after solat asar : riadah
- make sure dinner sebelum maghrib supaya perut tak full, & mudah dihadam
- after solat maghrib (solat hajat n surah al-waqiah (murah rezeki)
- revision time
- sebelum tidur, solat sunat witir


Tuesday, March 6, 2012

sabar itu indah....



Sebagai hambaNya, setiap dari kita tidak akan pernah lari dari dugaan Allah. Allah menduga untuk mendidik kita. Supaya sifat sabar terdidik dan sebati dalam diri. Sabar itu indah..didikan terus dari Allah s.w.t untuk hamba-Nya.. Minggu ni bermulalah kuliah utk pelajar Degree.Ramai pensyarah yang perlu memujuk diri & bersabar bila penat2 panjat tangga ke kelas, tengok2 student sorang pun takde dlm kelas. Dan bila tanya next class jawapan standard dari student, belum register course lagi & ada yang masih belum pulang ke kampus.Pensyarah yang mengajar Diploma sahaja pulak lain ceritanya, bersabar menjalankan tugas hakiki, marking paper test & quiz.

Sebagai pensyarah dalam mendidik pelajar, kita juga perlu mendidik diri menjadi sangat sabar. Tapi kadang2 teruji jugak keimanan bila ade pelajar yang buat perangai, sampai satu kelas terkena tempiasnya Generated by Expresso Tapi dalam marah2 pun, tetap sabar & tak putus2 doa agar anak2 didik lulus dengan cemerlang. Betapa bangganya perasaan tu, hilang segala penat lelah,bila ada bekas pelajar yang dah pun keje. Teringat zaman student dulu betapa sabarnya pensyarah dalam mendidik kami..yang mana sekarang ni dah jadi ofismate (k.mah,k.ja,k.zah,en.naha,k.yunita,k.yusliena,k.aida,en.sakri,en.fadhil,en.wan manan, en. CKH & lecturer lain2)..hopefully they feel the same too Generated by Expresso

InsyaAllah berkat kesabaran, Allah akan berikan kesudahan yang baik untuk kita. Sabar itu indah..kerana yang pasti akan ada bahagian yang baik untuk kita dari Allah berkat kesabaran...Teringat zaman student dulu, bila pernah jatuh terduduk dengan dugaan Allah.. seorang sahabat pernah menasihati "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia turunkan hujan yang lebat hingga kita terduduk & menangis, rupa-rupanya Allah ingin berikan kita pelangi yang indah" Generated by Expresso


Allah berfirman "Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Hud: 49)

Sekian dulu buat kali ni..untuk first post dalam blog ni..Generated by Expresso

Sunday, March 4, 2012

Pelajar sedang berjihad....

Rabu lepas, semasa sesi tazkirah fakulti Perakaunan, ustaz Firdaus mengutarakan perlunya menyedarkan pelajar bahawa mereka sebenarnya sedang berjihad (menuntut ilmu). Tidak sedar akan hakikat ini membuatkan mereka memandang remeh, mudah hilang fokus, kurang komitmen, ala kadar, sambil lewa dan selesa dengan markah "cukup makan" dalam aspek menuntut ilmu. Setiap pelajar muslim sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang dan bukannya sekadar lulus atau "cukup makan". Ilmu yang ditimba juga sepatutnya mendekatkan dan bukannya menjauhkan mereka daripada Allah swt.

Permudahkan, jangan menyusahkan.....





Sesetengah daripada kita suka menyusahkan orang lain. Lebih malang jika mereka menikmatinya - gembira jika berjaya membuatkan hidup orang lain susah. Ada yang kata, "Masa aku dulu bukan main susah nak dapat. Jadi, aku akan pastikan engkau juga susah untuk mendapatkannya!".

Gambar-gambar di atas menunjukkan sikap suka menyusahkan orang lain - ada juga yang parking kereta tak fikir orang lain. Asalkan dia selesa okay lah...

Kita asyik pentingkan diri sendiri, "Aku!, Aku! dan Aku!". Prinsip Rasulullah s.a.w pula, "Umatku!, Umatku! Umatku!.

Setiap tahun kita bersemangat berarak menyambut maulidulrasul tapi adakah kita berusaha untuk mengamalkan akhlak Rasulullah s.a.w?

JANGANLAH KITA BUAT KEPADA ORANG LAIN APA YANG KITA TAK SUKA ORANG LAIN BUAT KEPADA KITA.

SELAMAT KEMBALI - PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

Hari (Isnin) ini bermulalah kuliah bagi pelajar lama program Sarjana Muda Perakaunan. Pelajar yang mendaftar pertama kali (baru), kuliahnya bermula 7/3/2012 (Rabu) ini.




SEMOGA SEMESTER INI MENJADI SEMESTER YANG LEBIH EFEKTIF DAN GEMBIRA KEPADA SEMUA.