Showing posts with label Aktiviti 2013. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti 2013. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Sempena Majlis Konvokesyen UiTMT 19-20 Mei 2013

SELAMAT BERKONVOKESYEN KEPADA GRADUAN FAKULTI PERAKAUNAN pada hari ini 20 Mei 2013 di Dewan Aspirasi UiTMT.

SELAMAT MAJU JAYA. SEMOGA PEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Program peluang kerjaya dengan Petronas - 19 Mei 2013

Fakulti telah bekerjasama dengan Petronas mengadakan program Sharing Knowledge dan career Talk dengan butiran berikut:

Tarikh/Hari: 19/5/2013 (Ahad)
Masa: 8.30 - 1.30 tghari
tempat: Dewan bakawali
Pelajar terlibat: semua pelajar Ijazah (5-6)   

oleh: Nurul Fatma Abd Aziz


 

PROGRAM PENGURUSAN WANG BERSAMA AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK), BANK NEGARA MALAYSIA.

Pada 16 Mei 2013 di Dewan Bakawali UiTM Terengganu telah berlangsung program Fakulti Perakaunan bersama AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK). Program yang bermula pada pukul 2.00 dan berakhir pukul 4.30 petang telah berlansung dengan lancar. Seramai 120 orang pelajar BACC telah mengikuti program tersebut. Penceramah dari AKPK Encik Alias Mat Ali menekankan bakal graduan dan graduat yang baru bekerja perlu mempunyai pengetahuan pengurusan asas kewangan secara berhemat dalam menguruskan kewangan peribadi mereka bagi mengelakkan dari terjebak dari masalah bebanan hutang yang serius. 
 
Seterusnya beliau menyarankan UiTM Terengganu menganjurkan TOT bagi graduat di semester akhir dan syarat wajib sebelum mereka menghabiskan pengajian seperti yang telah berjaya diakukan di IPT yang lain. 

Laporan oleh: Puan Nur Syuhada Jasni

Monday, May 13, 2013

Bengkel Freelance Accounting & UBS Accounting (Siri 1 & 2)

Alhamdulillah! kedua-dua bengkel berikut telah berjaya diadakan. TAHNIAH & SYABAS kepada para peserta dan juga AJK serta semua yang terlibat menjayakan program ini secara langsung ataupun tidak.

  • Siri 1 - 23 Feb 2013
  • Siri 2 - 15 April 2013
Maklumat lanjut, klik di blog AELC.

Program e-Filing bersama LHDN

Alhamdulillah! Program bersama LHDN ini telah berjaya diadakan.
Lihat lain-lain gambar.



Saturday, March 9, 2013

Program - SAYA PELAJAR SUPER!


Alhamdulillah! Program "Saya Pelajar Super" untuk pelajar bah. 2 Diploma Perakaunan (FYE) telah berjaya diadakan pada 9 Mac 2013 (Sabtu). Semoga para peserta dapat manfaat daripada program ini. Terima kasih kepada pihak AJK FYE Fakulti Perakaunan UiTMT kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program ini.

SYABAS & TAHNIAH kepada semua. Semoga program ini menjadikan kita great caliph. Lihat lain-lain gambar DI SINI.