Pada 16 Mei 2013 di Dewan Bakawali UiTM Terengganu telah berlangsung
program Fakulti Perakaunan bersama AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN
KREDIT (AKPK). Program yang bermula pada pukul 2.00 dan berakhir pukul
4.30 petang telah berlansung dengan lancar. Seramai 120 orang pelajar
BACC telah mengikuti program tersebut. Penceramah dari AKPK Encik Alias
Mat Ali menekankan bakal graduan dan graduat yang baru bekerja perlu
mempunyai pengetahuan pengurusan asas kewangan secara berhemat dalam
menguruskan kewangan peribadi mereka bagi mengelakkan dari terjebak dari
masalah bebanan hutang yang serius.
Seterusnya beliau menyarankan UiTM Terengganu menganjurkan TOT bagi
graduat di semester akhir dan syarat wajib sebelum mereka menghabiskan
pengajian seperti yang telah berjaya diakukan di IPT yang lain.
Laporan oleh: Puan Nur Syuhada Jasni
No comments:
Post a Comment