Wednesday, May 22, 2013

Tazkirah-hari-Ini (38): HATI


Berapa lama dah kita hidup di dunia ini? 
26/30/35/45/55 tahun? 
 Koleksi dosa kita mungkin setiap hari/jam/minit/saat - kecil dan besar!. 
 Hati kita mungkin dah lama bertepek wek dengan tompokan hitam. Keras sampai dicuci dengan clorox pun dok degih!. Malanglah jika kita sudah sampai ke tahap buat maksiat pun tak rasa bersalah. Malah..berbangga! 
Jika ini berlaku, hati kita sudah MATI!!. 
Namun, Allah swt Maha Kaya, penuh sifat kasih sayang kepada hamba-Nya. 
ROBA LAH HITAM KELAM HATI KITA DENGAN TAUBAT...SEBELUM TERLAMBAT!  

Rasulullah SAW pernah bersabda : 
"Sesungguhnya seseorang mukmim bila mengerjakan satu dosa atau kesalahan, maka setiap kesalahan dan dosa itu akan berupa titik hitam pada hatinya. dan bila dia menyedari dosa dan kesalahan itu, lalu menyesali dirinya dan dan meminta ampun, hatinya menjadi bersih. Tetapi bila kesalahan itu di tambahnya, maka titik hitam itu akan bertambah pula sehingga hatinya akan menjadi gelap dan hitam seluruhnya. Inilah yang dikatakan Allah: Sungguh sudah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka itu.." (HR Al-Hakim, Tarmizi dan Nasa').

Sunday, May 19, 2013

Sempena Majlis Konvokesyen UiTMT 19-20 Mei 2013

SELAMAT BERKONVOKESYEN KEPADA GRADUAN FAKULTI PERAKAUNAN pada hari ini 20 Mei 2013 di Dewan Aspirasi UiTMT.

SELAMAT MAJU JAYA. SEMOGA PEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Program peluang kerjaya dengan Petronas - 19 Mei 2013

Fakulti telah bekerjasama dengan Petronas mengadakan program Sharing Knowledge dan career Talk dengan butiran berikut:

Tarikh/Hari: 19/5/2013 (Ahad)
Masa: 8.30 - 1.30 tghari
tempat: Dewan bakawali
Pelajar terlibat: semua pelajar Ijazah (5-6)   

oleh: Nurul Fatma Abd Aziz


 

PROGRAM PENGURUSAN WANG BERSAMA AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK), BANK NEGARA MALAYSIA.

Pada 16 Mei 2013 di Dewan Bakawali UiTM Terengganu telah berlangsung program Fakulti Perakaunan bersama AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK). Program yang bermula pada pukul 2.00 dan berakhir pukul 4.30 petang telah berlansung dengan lancar. Seramai 120 orang pelajar BACC telah mengikuti program tersebut. Penceramah dari AKPK Encik Alias Mat Ali menekankan bakal graduan dan graduat yang baru bekerja perlu mempunyai pengetahuan pengurusan asas kewangan secara berhemat dalam menguruskan kewangan peribadi mereka bagi mengelakkan dari terjebak dari masalah bebanan hutang yang serius. 
 
Seterusnya beliau menyarankan UiTM Terengganu menganjurkan TOT bagi graduat di semester akhir dan syarat wajib sebelum mereka menghabiskan pengajian seperti yang telah berjaya diakukan di IPT yang lain. 

Laporan oleh: Puan Nur Syuhada Jasni

Monday, May 13, 2013

Salam Perpisahan

Salam perpisahan kepada 3 sahabat fakulti yang akan bertukar/pindah ke tempat lain. Mereka ialah Dr. Jamalludin Helmi Hashim, En. Fadil Juperi dan Puan Azuraidah Taib. Semoga persahabatan akan berkekalan walaupun kita sudah berjauhan.


Bengkel Freelance Accounting & UBS Accounting (Siri 1 & 2)

Alhamdulillah! kedua-dua bengkel berikut telah berjaya diadakan. TAHNIAH & SYABAS kepada para peserta dan juga AJK serta semua yang terlibat menjayakan program ini secara langsung ataupun tidak.

  • Siri 1 - 23 Feb 2013
  • Siri 2 - 15 April 2013
Maklumat lanjut, klik di blog AELC.

Program e-Filing bersama LHDN

Alhamdulillah! Program bersama LHDN ini telah berjaya diadakan.
Lihat lain-lain gambar.



Saturday, March 9, 2013

Program - SAYA PELAJAR SUPER!


Alhamdulillah! Program "Saya Pelajar Super" untuk pelajar bah. 2 Diploma Perakaunan (FYE) telah berjaya diadakan pada 9 Mac 2013 (Sabtu). Semoga para peserta dapat manfaat daripada program ini. Terima kasih kepada pihak AJK FYE Fakulti Perakaunan UiTMT kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan program ini.

SYABAS & TAHNIAH kepada semua. Semoga program ini menjadikan kita great caliph. Lihat lain-lain gambar DI SINI.


Sunday, February 3, 2013

FAKULTI PERAKAUNAN
PROGRAM “WAHAI ANAK-ANAK MAHASISWAKU YANG CEMERLANG”
TARIKH : 21 FEBRUARI 2013
HARI : KHAMIS
MASA : 2.30 PTG –5.30 PTG
TEMPAT : 8A, 8B & DEWAN BAKAWALI (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)
Semua pelajar yang tersenarai adalah diwajibkan hadir. Sila semak senarai nama di notis board AC110 & AC120.Surat pengecualian kuliah akan dikeluarkan.
* Pelajar dikehendaki menyemak kumpulan masing-masing
* Merit akan diberikan
* Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pelajar yang gagal hadir
::BE AN ASSET, NOT A LIABILITY::