Sunday, March 4, 2012

Pelajar sedang berjihad....

Rabu lepas, semasa sesi tazkirah fakulti Perakaunan, ustaz Firdaus mengutarakan perlunya menyedarkan pelajar bahawa mereka sebenarnya sedang berjihad (menuntut ilmu). Tidak sedar akan hakikat ini membuatkan mereka memandang remeh, mudah hilang fokus, kurang komitmen, ala kadar, sambil lewa dan selesa dengan markah "cukup makan" dalam aspek menuntut ilmu. Setiap pelajar muslim sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang dan bukannya sekadar lulus atau "cukup makan". Ilmu yang ditimba juga sepatutnya mendekatkan dan bukannya menjauhkan mereka daripada Allah swt.

1 comment:

  1. Para anbiya' tidak mewariskan harta kepada umat manusia...malahan para sahabat tidak meninggalkan sebarang kekayaan untuk kita. yang ada hanyalah ilmu...jadi manusia yang menuntut/mengamalkan/mencari ilmu merupakan manusia yg menjadi pewaris nabi dan para sahabat..

    Bukankah itu suatu gelaran dan pangkat yang hebat?

    ReplyDelete