Tuesday, February 28, 2012

Talian hayat selepas mati...

Adik saya seorang guru. Dia kata cabaran mendidik pelajar menjadi semakin sukar sekarang. Pelajar sekarang tak macam dulu. Pelajar dulu tahap hormat kepada gurunya tinggi. Saya bersetuju dengan beliau tentang tugasan mendidik yang semakin mencabar ini. Ibubapa yang tiada terlibat dengan dunia pendidikan atau yang tidak cuba ambil kisah mungkin memandang remeh atau tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Zaman saya jadi pelajar dulu, kalau nak bertembung dengan guru, kita awal-awal lagi bagi laluan atau pedo (pusing) ke lain....kerana hormat guru!. Dalam kelas, walaupun cara mengajar menjemukan (bahasa remaja sekarang, "boring gile!), kita tetap diam membisu.....kerana hormat guru!. Pelajar sekarang dia buat tak kisah (berbual, jalan-jalan, tekan handphone) walaupun guru di depan. Kalau bertembung dengan guru di kaki lima kelas pun, guru yang terpaksa jadi "plastic man/woman", untuk melepasi kumpulan pelajar yang sedang asyik berbual/blok jalan.


Apa pun, motivasi untuk warga pendidik, tugas kita mulia. Perlu tingkatkan kesabaran kerana yang kita cari ialah redha Allah. Ada 3 talian hayat manusia selepas mati - doa anak soleh, amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan orang lain. Insyaallah kesabaran menempuh kesukaran dalam mendidik para pelajar ini menjadikan kita orang yang mengecapi kesenangan hidup di akhirat yang kekal abadi...

No comments:

Post a Comment