Program Bersamamu Siri 2 telah diadakan pada 18 Julai 2012 (Rabu) jam 4.30 - 5.30 ptg. Seramai 15 org pensyarah fakulti perakaunan turut serta dalam menjayakan program ini.Untuk siri 2 ini, kunjungan melibatkan dua buah rumah iaitu ke rumah keluarga encik Sulong Ismail dan adiknya, encik Ishak Ismail.Sumbangan yg diberikan kpd mereka adalah berbentuk wang ringgit dan juga barangan keperluan harian (makanan).
Wednesday, August 8, 2012
Tuesday, July 3, 2012
Aktiviti FYE Jun 2012
Program FYE (First Year Experience) fakulti Perakaunan UiTMT telah diadakan pada 29-30 Jun 2012, bertempat di Stadium Gemilang dan Dewan Anggerik. Tahniah & Syabas kepada para pelajar yang menyertai dan pihak AJK yang berusaha gigih memastikan ianya berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
Monday, June 25, 2012
Thursday, June 21, 2012
Tazkirah-for-all: ANAK KUNCI
Tazkirah-for-all: ANAK KUNCI: Siapa tak ada anak kunci angkat tangan!. Ok nampaknya semua ada…kita ada pelbagai anak kunci - rumah kita (pintu depan, belakang, bil...
Saturday, June 16, 2012
No U-Turn, replay, rewind, refresh, redo, resit
Bbbuih mulut beritahu pelajar –
“belajarlah sungguh-sungguh untuk masa depan anda semua”, “bersusahlah
(belajar) sekarang, insyaallah senang kemudian”, “jangan ponteng kuliah!”,
“buatlah ujian/kuiz/tugasan betul-betul”, “jangan belajar last minute” – namun gitulah sokmo sokmonya.....yang ikut nasihat
tak ramai!. Selepas keputusan peperiksaan akhir keluar, ada antara yang gagal, memohon
untuk “remarking” skrip peperiksaan mereka atau menduduki peperiksaan semula
(semasa cuti semester).
Begitulah juga hidup kita di
dunia ini – bbbuih mulut alim ulamak menasihati kita – “bertaqwalah kepada
Allah”, “tinggalkanlah maksiat”, “jagalah solat”, “jangan zalimi/khianati
orang”, “patuhilah perintah Allah dan tinggalkanlah laranganNya”, “Jadikanlah
Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai ‘GPS’ kehidupan agar kita tidak sesat”, “jangan
tangguh untuk bertaubat” – namun gitulah sokmo sokmonya......yang patuhi
nasihat tak ramai!. Firman Allah s.w.t. bermaksud, “Dan
sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’
34:13). Masalahnya bila nyawa dah sampai di halkum dan
bye-bye dunia ini, kita tiada peluang lagi untuk “resit”, “remark”, “replay”,
“reverse”, “refresh”, “rewind”, “redo”, “U-Turn”.
Subscribe to:
Posts (Atom)



