Saturday, March 31, 2012
Monday, March 26, 2012
sahabat yg baik...
Dalam bersahabat, kita perlu bijak dalam menilai buruk baik tindakan seseorang, mana yang baik dijadikan tauladan, dan mana yang buruk dijadikan sempadan. Kadang-kadang ada di kalangan pelajar di awal semester mempunyai attitude yang sangat baik, tapi bila tersilap pilih kawan, ada di kalangan mereka yang mula terikut-ikut dengan perangai buruk rakan sehingga ada yang ponteng kelas, mula leka dan lupa tujuan sebenar berada di UiTM. Mereka lebih suka mendengar nasihat kawan tanpa berfikir tentang baik dan buruk. Jadi, dalam berkawan, kita perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dengan anasir buruk. Moga para pelajar bijak dalam menilai tindakan rakan-rakan dan tidak melakukan perkara yang merugikan diri sendiri dan juga masa depan.
Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w;
“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.
Monday, March 19, 2012
La tahla....jangan mengeluh...
Kita seringkali mengeluh bila ditimpa musibah. Kadang-kadang terdengar keluhan dari pelajar... “banyaknya assignment...asyik belajar je bila masa nak enjoy..” Kadang-kadang kita sendiri tanpa sedar mengeluh “arini panas teramat...kerja bertimbun...kenapa asyik saya je yang kena..hujan lebat susah nak berjalan..” dan macam-macam lagi. Sedangkan setiap yang berlaku pasti ada hikmah Nya,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)
Teringat satu ketika bila saya menerima email dari PDRM summons. Zaman sekarang, zaman facebook, so apa lagi...hati mengeluh & jari automatically terus update facebook “Dear valued customer, your outstanding PDRM summons : 1..Oh NO!..melayang RM+++” ..Alhamdulillah..Allah ciptakan kaum Adam untuk menasihati kaum Hawa yang selalu beremosi...terus dpt sms dari encik husband... “mengeluh tidak akan menjadikan sesuatu itu lebih baik, bila ditimpa musibah ucaplah inna lillahi wa innaa ilahi raji’uun...”
Bersesuaian dengan firmanNya surah al-Baqarah:155-157 yang bermaksud: Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilahi raaji’uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Moga jadi panduan untuk semua.... be happier by complaining less...
Wednesday, March 14, 2012
Sebelum nasi jadi bubur....
Mengerjakan amal soleh..
Setiap perbuatan hambaNya akan dihitung dan diberi pembalasan yang baik oleh Allah biarpun sekecil-kecil kuman.
Allah berfirman:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (an-Nahl: 97)
http://html.expresso.me/smileys
Monday, March 12, 2012
Dunia Sebagai Tempat Berdagang
GEJALA SOSIAL REMAJA -PANDANGAN DR FATIMAH YUSUF (CAHAYA OKTOBER)
Editor : projakim
Sunday, March 11, 2012
Takrif TESIS
1) Memberi sumbangan yang matang kepada ilmu dan menunjukkan eupayaan calon menghubungkan kajian yang dijalankan dalam kerangka disiplin yang luas dan taraf pencapaian kajian diiktiraf diperingkat antarabangsa penerbitannya;
2) Menyediakan dalil (hujah) sumbangan kepada ilmu dengan aras keaslian yang tekal dan dengan latihan penyelidikan yang terselia. Tesis itu juga mesti membuktikan calon mempunyai keupayaan menganalisis secara kritis dan menunjukkan kebolehan menjalankan penyelidikan beraturcara dan kesarjanaan yang menjawab soalan-soalan dengan berertinya.
B. Pentakrifan Tesis Ijazah Doktor Falsafah (Kerja kursus dan tesis)
1) Menunjukkan pencapaian dan kemahiran calon yang tinggi dalam bidang yang diterokai disamping memberi sumbangan yang bererti kepada ilmu dan yang menunjukkan pemikiran dan daya kerja yang kreatif serta lulus peperiksaan kerja kursus dalam bidang utama dengan menunjukkan persediaan dalam kursus-kursus yang berkaitan;
2) Mewakili hasil penyelidikan yang asli dalam bidang kajian yang dijalankan. Ianya mestilah mewakili sumbangan kepada ilmu dengan sokongan data-data/fakta-fakta yang kukuh dan disampaikan dalam bentuk kesarjanaan yang tinggi disamping berpotensi untuk diterbitkan.
C. Pentakrifan Tesis Ijazah Sarjana (Melalui penyelidikan)
1) Tesis mestilah mewakili sebuah kajian yang asli dalam bidang yang diperakukan oleh penyelia/jawatankuasa siswazah dan mempunyai cengkaman yang mencukupi dalam bidang utama dan penyokongnya dan pengetahuan ini boleh digunakan dengan segera dan jitu.
Dikongsi oleh Prof.Dr. Wan Mansor Mahmood & Puan Shazalina Muhd Shuhidan
Wednesday, March 7, 2012
exam fever
InsyaAllah bermula dari 12 Mac 2012 - 1 April 2012, bermulalah minggu peperiksaan akhir untuk pelajar Diploma. So, revision week ni mungkin ada para pelajar yang balik kampung dan mungkin ada pelajar yang dah mula study. tak kurang jugak yang ambil kesempatan enjoy dulu, kemudian study last minute, hinggakan ada yang matahari dah meninggi baru nak bangun.
So, sepanjang musim peperiksaan, hopefully tips2 ni dapat dijadikan panduan, berdasarkan pengalaman mase student dulu
- Sebelum sarapan: minum honey & kismis (sunnah nabi & menguatkan ingatan)
- then, breakfast n revision time
- after 2 hours, have a break:solat sunat dhuha (murah rezeki & dipermudahkan urusan)
- tidur sebentar lebih kurang setengah jam sblm zohor (sunnah nabi)
- after lunch revision time
- after solat asar : riadah
- make sure dinner sebelum maghrib supaya perut tak full, & mudah dihadam
- after solat maghrib (solat hajat n surah al-waqiah (murah rezeki)
- revision time
- sebelum tidur, solat sunat witir
Tuesday, March 6, 2012
sabar itu indah....
Sebagai hambaNya, setiap dari kita tidak akan pernah lari dari dugaan Allah. Allah menduga untuk mendidik kita. Supaya sifat sabar terdidik dan sebati dalam diri. Sabar itu indah..didikan terus dari Allah s.w.t untuk hamba-Nya.. Minggu ni bermulalah kuliah utk pelajar Degree.Ramai pensyarah yang perlu memujuk diri & bersabar bila penat2 panjat tangga ke kelas, tengok2 student sorang pun takde dlm kelas. Dan bila tanya next class jawapan standard dari student, belum register course lagi & ada yang masih belum pulang ke kampus.Pensyarah yang mengajar Diploma sahaja pulak lain ceritanya, bersabar menjalankan tugas hakiki, marking paper test & quiz.
Sebagai pensyarah dalam mendidik pelajar, kita juga perlu mendidik diri menjadi sangat sabar. Tapi kadang2 teruji jugak keimanan bila ade pelajar yang buat perangai, sampai satu kelas terkena tempiasnya Tapi dalam marah2 pun, tetap sabar & tak putus2 doa agar anak2 didik lulus dengan cemerlang. Betapa bangganya perasaan tu, hilang segala penat lelah,bila ada bekas pelajar yang dah pun keje. Teringat zaman student dulu betapa sabarnya pensyarah dalam mendidik kami..yang mana sekarang ni dah jadi ofismate (k.mah,k.ja,k.zah,en.naha,k.yunita,k.yusliena,k.aida,en.sakri,en.fadhil,en.wan manan, en. CKH & lecturer lain2)..hopefully they feel the same too
InsyaAllah berkat kesabaran, Allah akan berikan kesudahan yang baik untuk kita. Sabar itu indah..kerana yang pasti akan ada bahagian yang baik untuk kita dari Allah berkat kesabaran...Teringat zaman student dulu, bila pernah jatuh terduduk dengan dugaan Allah.. seorang sahabat pernah menasihati "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia turunkan hujan yang lebat hingga kita terduduk & menangis, rupa-rupanya Allah ingin berikan kita pelangi yang indah"
Allah berfirman "Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Hud: 49)
Sekian dulu buat kali ni..untuk first post dalam blog ni..
Sunday, March 4, 2012
Pelajar sedang berjihad....
Permudahkan, jangan menyusahkan.....
Gambar-gambar di atas menunjukkan sikap suka menyusahkan orang lain - ada juga yang parking kereta tak fikir orang lain. Asalkan dia selesa okay lah...
Kita asyik pentingkan diri sendiri, "Aku!, Aku! dan Aku!". Prinsip Rasulullah s.a.w pula, "Umatku!, Umatku! Umatku!.
JANGANLAH KITA BUAT KEPADA ORANG LAIN APA YANG KITA TAK SUKA ORANG LAIN BUAT KEPADA KITA.